Polisi Waranti

Sistem Suntikan Tanpa Jarum InsuJet™ dilindungi dengan waranti terhad pengilang selama dua (2) tahun dari tarikh pembelian. Dalam tempoh ini, European Pharma Group B.V.  menjamin produk kepada pengguna asal terhadap sebarang kerosakkan pada bahan dan kualiti mutu kerja produk, tertakluk kepada pengecualian yang dinyatakan di bawah. Waranti komersial ini tidak menjejaskan hak jaminan berkanun pengguna di bawah undang-undang yang berkenaan, yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut langkah pembetulan daripada penjual secara percuma sekiranya produk mengalami sebarang kerosakkan.  
                                                                                                                                                                                                      Jika sebarang kerosakkan sedemikian timbul semasa tempoh waranti, European Pharma Group B.V. akan membaiki atau menggantikan produk tersebut. Untuk mendapatkan perkhidmatan waranti, produk wajib dikembalikan kepada pengedar berserta dengan invois pembelian asal dan kad waranti yang lengkap.

Sekiranya European Pharma Group B.V. tidak dapat membaiki atau menggantikan produk dan/atau jika langkah pembetulan yang diambil oleh European Pharma Group B.V. gagal menyelesaikan masalah tersebut, pengguna berhak secara sah mendapat remedi tambahan daripada penjual tanpa caj, termasuk pengurangan harga atau penamatan kontrak. Remedi berkanun ini tidak terjejas oleh waranti ini.

European Pharma Group B.V. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan  pelanggaran waranti yang, setelah produk diperiksa, ditentukan secara munasabah sebagai akibat daripada sebab yang tidak dilindungi dalam waranti ini.

Waranti ini tidak terpakai kepada produk yang telah digunakan dengan tidak mematuhi arahan pengilang atau mana-mana produk yang telah diabaikan, diubah, disalahgunakan atau digunakan untuk tujuan selain daripada produk yang ia dikeluarkan.

Sebarang waranti tersirat, termasuk jaminan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, adalah terhad dalam tempoh kepada dua (2) tahun dari tarikh pembelian.

Sesetengah negara tidak membenarkan pengehadan ke atas tempoh jaminan tersirat atau pengecualian atau pengehadan kerosakan sampingan atau berbangkit, jadi pengehadan di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Jaminan ini memberi anda hak undang-undang khusus, dan anda juga mungkin mempunyai hak lain yang berbeza berdasarkan negara.

Tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk mengikat European Pharma Group B.V. kepada sebarang perwakilan atau waranti kecuali yang dinyatakan secara khusus dalam waranti terhad ini.

European Pharma Group B.V. ialah pengilang sah InsuJet™