Terma perkhidmatan
Kemas Kini Terakhir: 30 November 2025
1. Terma Am
1.1. Terma Pembelian (“Terma”) ini beserta dokumen yang dirujuk di dalamnya membentuk perjanjian yang mengikat di sisi undang-undang bagi pembelian produk (“Produk”) daripada Sol Millennium Malaysia Sdn. Bhd. (“Sol-M”, “kami”) melalui laman web rasmi di https://insujet.my/ (“Laman Web”).
1.2. Untuk tujuan Terma ini, “Pelanggan” adalah individu atau entiti yang dikenal pasti dalam pengesahan pesanan rasmi. Setiap urus niaga pembelian Produk merupakan satu perjanjian yang berasingan dan mengikat (“Pesanan”) antara Pelanggan dan Sol-M.
1.3. Terma ini hendaklah dibaca bersama Notis Perundangan, Dasar Privasi, dan Dasar Kuki kami. Dengan membuat Pesanan, Pelanggan mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan semua dokumen yang disebutkan, yang mana digabungkan melalui rujukan dan menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.
1.4. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara Terma ini dengan Notis Perundangan, Dasar Privasi, atau Dasar Kuki, peruntukan dalam Terma Pembelian ini akan mengatasi mana-mana ketidakselarasan tersebut.
1.5. Kami berhak untuk mengubah suai, meminda, atau mengemas kini Terma ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Sebarang pengubahsuaian akan disiarkan di Laman Web dan berkuat kuasa serta-merta dari tarikh penyiaran. Pelanggan yang terus menggunakan Laman Web untuk membeli Produk selepas sebarang perubahan tersebut menunjukkan penerimaan tanpa syarat terhadap Terma yang telah diubah suai. Kami menasihati Pelanggan untuk menyemak Terma ini secara berkala sebelum membuat sebarang pembelian.
1.6. Semua keputusan, tafsiran, dan penentuan yang dibuat oleh Sol-M di bawah Terma ini adalah muktamad, konklusif, dan mengikat.
2. Maklumat dan Harga Produk
2.1. Kami berhak untuk mengubah suai, menambah, menghentikan, atau mengeluarkan mana-mana Produk dari Laman Web, sama ada secara sementara atau kekal, pada bila-bila masa dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
2.2. Nasihat Peranti Perubatan: Produk yang dijual di Laman Web ini diklasifikasikan sebagai peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan didaftarkan dengan sijil yang sah daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA). Semua Produk adalah bertujuan untuk digunakan secara eksklusif mengikut panduan, preskripsi, dan pengawasan seorang professional kesihatan yang berkelayakan. Maklumat yang diberikan di Laman Web ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat sahaja dan dalam apa jua keadaan tidak menggantikan diagnosis, nasihat, atau rawatan perubatan profesional. Pelanggan mengesahkan tanggungjawab mereka untuk berunding dengan profesional kesihatan sebelum menggunakan Produk atau membuat sebarang keputusan berkaitan kesihatan mereka.
2.3. Walaupun kami melaksanakan penjagaan komersial yang munasabah untuk memastikan semua maklumat di Laman Web termasuk penerangan Produk, spesifikasi, dan harga adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin ketepatan atau kelengkapan mutlaknya. Sekiranya berlaku kesilapan atau ketinggalan, kami berhak untuk membetulkannya pada bila-bila masa, yang mungkin termasuk pembatalan Pesanan.
2.4. Gambar, imej, dan sebarang gambaran Produk di Laman Web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Produk sebenar, termasuk pembungkusannya, mungkin berbeza. Untuk penerangan yang tepat mengenai mana-mana Produk dan butiran tentang apa yang disertakan, Pelanggan mesti merujuk kepada penerangan Produk secara bertulis. Warna produk juga mungkin kelihatan berbeza bergantung pada tetapan monitor dan paparan Pelanggan.
2.5. Melainkan dinyatakan secara nyata sebaliknya, semua harga untuk Produk yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR). Harga ini tidak termasuk sebarang cukai yang berkenaan (termasuk, tanpa had, sebarang Cukai Jualan & Perkhidmatan), yuran penghantaran, dan caj-caj lain, yang akan dikira dan ditambah kepada jumlah amaun yang perlu dibayar semasa proses daftar keluar pembelian.
2.6. Kami tidak menjamin bahawa sebarang harga, promosi, atau ketersediaan Produk di Laman Web akan sama seperti yang ditawarkan di mana-mana saluran farmasi, klinikal, dan sebaliknya.
2.7. Kami berhak sepenuhnya, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk melaraskan harga, penerangan Produk, dan tawaran istimewa pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
3. Pesanan dan Pembentukan Kontrak
3.1. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat Pesanan dengan mengisi borang pesanan yang ditetapkan di Laman Web dengan tepat dan lengkap. Pelanggan bertanggunjawab sepenuhnya untuk melengkapkan semua maklumat-maklumat secara tepat, termasuk butiran penghantaran dan butiran perhubungan.
3.2. Pesanan yang dikemukakan oleh Pelanggan merupakan tawaran rasmi untuk membeli Produk dan tertakluk kepada Terma ini. Kontrak terbentuk dan mengikat antara Pelanggan dan Sol-M hanya apabila kedua-dua syarat berikut dipenuhi:
(a) penyelesaian dan pengesahan pembayaran penuh Pelanggan yang berjaya, dan
(b) pengeluaran pengesahan Pesanan rasmi oleh pihak kami. Kami secara nyata berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk menolak, atau membatalkan mana-mana Pesanan pada bila-bila masa, atas apa-apa sebab, tanpa liabiliti, termasuk selepas pembayaran telah diproses dan pengesahan Pesanan telah dikeluarkan.
4. Terma Pembayaran
4.1. Pelanggan hendaklah membuat pembayaran untuk Pesanan menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang diluluskan yang tersedia di Laman Web. Kaedah-kaedah ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Kad Kredit: Kami menerima semua kad kredit Visa dan MasterCard yang didayakan 3D Secure. Semua maklumat kad kredit dilindungi oleh standard penyulitan terkemuka industri. Pelanggan yang menggunakan kad yang dikeluarkan bukan oleh bank Malaysia mungkin dikenakan caj tambahan, termasuk yuran penukaran mata wang asing, daripada bank pengeluar mereka.
(b) Kad Debit: Kami menerima semua kad debit Visa dan MasterCard keluaran Malaysia, tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan bank. Semua data kad debit dilindungi oleh standard penyulitan terkemuka industri.
(c) Perbankan Dalam Talian (FPX): Dengan memilih kaedah ini, Pelanggan membenarkan pemindahan segera harga belian keseluruhan dalam Ringgit Malaysia (MYR) dari akaun bank mereka ke akaun yang ditetapkan oleh Sol-M. Kami berhak untuk menangguhkan atau menolak pilihan pembayaran ini kepada mana-mana Pelanggan tanpa notis atau sebab.
4.2. Pembayaran untuk jumlah keseluruhan Pesanan, termasuk semua cukai dan yuran penghantaran yang berkenaan, mesti diselesaikan sepenuhnya dan disahkan dengan jayanya sebelum Pesanan diproses, disahkan, atau dihantar.
5. Penghantaran Pesanan
5.1. Penyedia Logistik Pihak Ketiga: Semua perkhidmatan penghantaran diuruskan dan dilaksanakan oleh penyedia logistik pihak ketiga yang dilantik oleh kami ("Rakan Kongsi Logistik"). Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa perkhidmatan penghantaran adalah kontrak antara Pelanggan dan Rakan Kongsi Logistik, yang mana Sol-M memudahcarakannya.
5.2. Penjejakan Penghantaran: Nombor penjejakan akan dijana dan diberikan kepada Pelanggan untuk setiap Pesanan selepas penghantaran. Pelanggan boleh memantau status penghantaran dan menerima kemas kini melalui portal penjejakan di Laman Web kami atau laman web rasmi Rakan Kongsi Logistik.
5.3. Penerimaan dan Pemeriksaan: Semasa penghantaran dibuat, adalah menjadi tanggungjawab penuh Pelanggan untuk memeriksa keadaan luaran bungkusan, mengesahkan bahawa bilangan bungkusan yang betul telah dihantar, dan menandatangani dokumen bukti penghantaran (POD) yang dikemukakan oleh Rakan Kongsi Logistik.
5.4. Ketersediaan untuk Penghantaran: Pelanggan mesti memastikan mereka atau wakil yang diberi kuasa, yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas, berada di alamat penghantaran untuk menerima Pesanan. Rakan Kongsi Logistik kami tidak diwajibkan untuk mengesahkan identiti atau kuasa orang yang menerima penghantaran dan tidak akan meninggalkan sebarang Produk tanpa pengawasan atau tanpa pengakuan yang sah pada POD.
5.5. Penghantaran Tidak Berjaya: Jika penghantaran masih tidak berjaya selepas percubaan yang munasabah oleh Rakan Kongsi Logistik kami (bilangan percubaan adalah mengikut budi bicara Rakan Kongsi Logistik), Pesanan boleh dikembalikan ke fasiliti kami dan dibatalkan. Sebarang bayaran balik yang dikeluarkan dalam kes sedemikian akan tertakluk kepada potongan untuk semua yuran pentadbiran dan penghantaran dua hala yang ditanggung.
6. Latihan Penggunaan Produk
6.1. Untuk mempromosikan penggunaan Produk dengan kaedah yang betul, selamat dan berkesan, Sol-M menyediakan beberapa pilihan latihan. Pelanggan digalakkan untuk menggunakan pilihan yang sesuai dengan keperluan mereka untuk memastikan keyakinan serta kecekapan dalam mengendalikan peranti.
6.2. Pilihan latihan berikut tersedia:
(a) Latihan Video Dalam Talian: Video kaedah penggunaan yang komprehensif disediakan di bahagian "Cara Mengguna" di Laman Web.
(b) Webinar Berkumpulan: Sesi webinar langsung yang dijadualkan menampilkan demonstrasi profesional Produk dan sesi soal jawab secara kangsung semasa sesi dikendalikan.
(c) Latihan Sidang Video Individu: Sesi latihan jarak jauh satu sama satu yang diperibadikan dengan seorang profesional penjagaan kesihatan. Sesi sulit ini boleh diminta selepas Pesanan dibuat.
(d) Latihan di Rumah: Latihan secara bersemuka di rumah Pelanggan, yang disediakan oleh seorang profesional kesihatan yang berkelayakan, seperti jururawat bertauliah. Perkhidmatan ini diatur melalui platform pihak ketiga yang khusus.
6.3. Pilihan latihan ini ditawarkan untuk menyokong Pelanggan dalam mencapai prestasi penggunaan Produk yang selamat, berautonomi dan berkesan. Tanggungjawab penggunaan Produk dengan kaedah yang betul kekal pada Pelanggan seperti yang digariskan dalam Terma ini.
7. Hak Milik dan Risiko Kerugian
7.1. Risiko Kerugian: Semua risiko kerugian, kecurian, atau kerosakan pada Produk akan berpindah kepada Pelanggan serta-merta selepas penghantaran berjaya. Penghantaran telah lengkap apabila Pesanan dihantar ke alamat yang dinyatakan oleh Pelanggan dan Pelanggan telah mengakui dengan menandatangani POD.
7.2. Pengekalan Hak Milik: Walaupun risiko telah berpindah, pemilikan dan hak milik yang sah dan faedah ke atas Produk tidak akan berpindah kepada Pelanggan sehingga Sol-M menerima bayaran penuh, muktamad, dan jelas untuk jumlah keseluruhan nilai Pesanan.
8. Pemulangan dan Bayaran Balik
8.1. Tiada Pemulangan "Tukar Fikiran": Selaras dengan peraturan kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang terpakai untuk peranti perubatan, kami mengekalkan polisi tiada pemulangan yang ketat. Sebaik sahaja Pesanan telah dibuat dan diterima, ia tidak boleh dikembalikan untuk bayaran balik atau pertukaran disebabkan oleh perubahan fikiran, pilihan yang salah, atau penentuan bahawa produk itu tidak sesuai. Semua jualan dianggap muktamad.
8.2. Pemulangan yang Dibenarkan: Pengecualian hanya dipertimbangkan dalam kes di mana Produk yang dihantar boleh disahkan:
(a) Rosak semasa transit penghantaran dibuat;
(b) Terdapat kerosakkan pada pada bahan atau mutu kerja; atau
(c) Produk yang diterima Pelanggan adalah salah, bermaksud bukan Produk yang dipesan oleh Pelanggan.
8.3. Kewajipan Membuat Laporan: Pelanggan mesti memeriksa Produk serta-merta semasa penghantaran. Sebarang tuntutan untuk kerosakan, kecacatan, atau Produk yang salah mesti dilaporkan kepada perkhidmatan pelanggan Sol-M melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan. Laporan tersebut mesti menyertakan nombor Pesanan, penerangan bertulis terperinci mengenai isu tersebut, serta sokongan bukti fotografi yang jelas.
8.4. Kebenaran Pemulangan: Tiada pemulangan dalam apa jua bentuk akan diterima tanpa Kebenaran Pemulangan yang sah yang dikeluarkan oleh Sol-M selepas semakan terperinci tuntutan yang dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
8.5. Pemeriksaan dan Penyelesaian: Sebaik sahaja Produk yang dipulangkan diterima, Sol-M akan menjalankan pemeriksaan akhir. Jika tuntutan disahkan, kami akan, mengikut budi bicara mutlak kami, sama ada membuat pembayaran balik bagi harga Produk atau menghantar Produk gantian. Jika tuntutan tidak disahkan, tiada bayaran balik atau penggantian akan diberikan, dan Pelanggan akan bertanggungjawab untuk semua kos penghantaran semula yang berkaitan.
9. Waranti Terhad
9.1. Perlindungan Waranti: Produk dilindungi oleh Waranti Terhad pengeluar. Terma, syarat, butiran perlindungan, had, dan pengecualian khusus diperincikan dalam Polisi Waranti rasmi yang tersedia di Laman Web kami, yang digabungkan melalui rujukan ke dalam Terma ini.
9.2. Tempoh Waranti: Tempoh waranti bermula pada tarikh penghantaran berjaya dan kekal sah untuk tempoh yang dinyatakan dalam Polisi Waranti.
9.3. Pendaftaran Waranti: Untuk mengaktifkan waranti, Pelanggan mesti mendaftarkan Produk mereka di laman waranti pada laman web kami di https://insujet.my/pages/warranty dan menyimpan nota penghantaran asal sebagai bukti pembelian. Kegagalan untuk melengkapkan langkah-langkah ini boleh membatalkan waranti Produk anda.
9.4. Remedi Eksklusif: Remedi yang disediakan di bawah Polisi Waranti, yang mungkin termasuk pembaikan atau penggantian mengikut budi bicara mutlak Sol-M, akan menjadi remedi tunggal dan eksklusif Pelanggan untuk sebarang pelanggaran waranti tersebut.
10. Had Liabiliti dan Penafian
10.1. Liabiliti Statutori: Tiada sebarang frasa atau ayat dalam Terma ini akan mengehadkan atau mengecualikan liabiliti Sol-M untuk kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami yang terbukti, penipuan, atau sebarang perkara yang mana adalah menyalahi undang-undang untuk mengecualikan liabiliti di bawah undang-undang Malaysia.
10.2. Had Liabiliti: Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, agregat liabiliti yang maksimum oleh Sol-M kepada Pelanggan bagi sebarang dan semua kerugian, kerosakan, atau tuntutan yang timbul daripada perjanjian ini atau mana-mana Pesanan tidak akan melebihi jumlah keseluruhan yang dibayar oleh Pelanggan bagi Pesanan khusus tersebut yang menjadi subjek tuntutan.
10.3. Pengecualian daripada Liabiliti: Sol-M tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan akibat ketidakpatuhan Terma ini oleh Pelanggan atau daripada Peristiwa Force Majeure.
10.4. Pengecualian Kerugian Berbangkit: Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tiada pihak akan bertanggungjawab kepada pihak yang lain bagi sebarang kerugian atau kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, atau berbangkit, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, kehilangan hasil, kehilangan peluang perniagaan, atau kehilangan nama baik.
10.5. Tempoh Notis untuk Tuntutan: Pelanggan mesti memberitahu Sol-M secara bertulis mengenai sebarang niat bagi permohonan tuntutan di bawah perjanjian ini dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh peristiwa bagi tuntutan itu berlaku. Liabiliti tuntutan adalah tidak sah sekiranya Sol-M tidak mendapat notis tuntutan dalam tempoh ini yang diberikan.
11. Kewajipan dan Waranti Pelanggan
11.1. Umur dan Pengetahuan: Pelanggan bersetuju dan menjamin bahawa mereka berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun dan mempunyai pengetahuan undang-undang bagi ikatan perjanjian ini.
11.2. Pematuhan Arahan: Kewajipan utama dan mutlak Pelanggan adalah untuk menggunakan Produk dengan pematuhan yang ketat dan tidak berbelah bahagi dengan manual penggunaan.
11.3. Tanggungjawab Penyalahgunaan: Pelanggan menerima liabiliti penuh dan tanpa syarat untuk sebarang akibat buruk, kemudaratan, atau kerosakan yang terhasil daripada penggunaan Produk dengan kaedah penggunaan yang tidak betul. Kaedah penggunaan dan pengendalian yang salah dan tidak mengikut manual penggunaan merupakan pelanggaran material terhadap terma ini dan boleh mengakibatkan kepada pembatalan waranti secara serta-merta.
11.4. Nasihat Profesional Perubatan: Pelanggan mengakui bahawa Produk bukanlah pengganti bagi nasihat profesional perubatan. Semua keputusan terapeutik mesti dibuat secara eksklusif dengan rundingan dan konsultasi professional kesihatan yang berkelayakan.
11.5. Syarat Pembatalan Waranti: Waranti Terhad adalah bersyarat ketat kepada tanggungjawab oleh Pelanggan dan boleh terbatal dan tidak sah secara serta-merta sekiranya kerosakan atau kegagalan fungsi berpunca daripada mana-mana yang berikut: kegagalan untuk mematuhi manual pengguna; penggunaan untuk tujuan yang tidak dimaksudkan; pembaikan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran; atau sebarang kemalangan, kecuaian, atau penyalahgunaan oleh Pelanggan.
12. Harta Intelek
12.1. Semua kandungan dan bahan di Laman Web, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, imej, grafik, logo, nama dagang, dan tanda dagangan (termasuk “InsuJet” dan “Sol-M”), dan semua hak harta intelek yang berkaitan, adalah hak milik eksklusif Sol-M atau pemberi lesennya. Kandungan ini tidak boleh digunakan, disalin, diterbitkan semula, diedarkan, atau diubah suai dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Sol-M.
13. Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mengawal
13.1. Undang-undang yang Mengawal: Perjanjian ini, semua Pesanan, dan sebarang pertikaian yang timbul daripadanya akan ditadbir oleh dan ditafsirkan secara eksklusif mengikut undang-undang Malaysia.
13.2. Bidang Kuasa Eksklusif: Sol-M dan pelanggan, secara langsung dan tanpa sebarang bantahan bersetuju bahawa mahkamah Malaysia akan mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan perjanjian ini.
14. Force Majeure
14.1. Sol-M tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam pelaksanaan yang disebabkan oleh Peristiwa Force Majeure, iaitu sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah kami.
14.2. Peristiwa Force Majeure adalah termasuk, dan tanpa had: bencana alam (seperti kebakaran, banjir, atau gempa bumi); perang atau kekacauan awam; tindakan keganasan; wabak atau pandemik; tindakan mana-mana pihak berkuasa kerajaan; gangguan bekalan kuasa atau pengangkutan yang meluas; dan gangguan rantaian bekalan yang signifikan dan tidak dijangka.
14.3. Jika Peristiwa Force Majeure berlaku, kewajipan kami akan ditangguhkan sepanjang tempoh peristiwa tersebut, dan kami akan memberitahu Pelanggan secepat yang munasabah.